Tuesday, June 23, 2009

Cara Pengeraman :-



Terdapat dua kaedah untuk menetaskan baka anak ayam laga iaitu dengan kaedah ibuan dan kaedah mesin (inkubator). Kaedah ibuan sangat terkenal sejak dahulu lagi. Ini kerana anak - anak ayam mendapat perhatian dari ibunya secara semulajadi. Anak ayam akan mempelajari cara cara mencari makanan semulajadi, ilindungi induk dan kebarangkalian untuk menghadapi penyakit amat tipis.

Kaedah kedua iaitu kaedah inkubator. Ianya menggunakan mentol lampu bersuhu kedap. Memerlukan tray @ bekas tadahan air supaya putih telur di dalam telur tidak kering di dalam proses pembentukkan anak ayam di dalam telur. Ianya dikatakan dapat menggandakan kuantiti pengeluaran dengan cepat dalam masa yang singkat.

Tetapi apabila kunantiti melebihi kualiti, JAWAPANYA…?

Kebanyakkan anak ayam hasilan inkubator mengalami kecacatan seperti kaki “tepok” tidak boleh berdiri, lemah @ tidak cukup bulan. Manakala si ibu akan terus mengeluarkan telur. Adakah ibu induk anda jenis ayam telur? Tidak bukan. Setiap induk betina mempunyai kitaran untuk bertelur. Kalau asyik dipaksa saja mahu saja ia merajuk. Bertelur sahaja, eramnya tidak.

Pada pendapat JS, biarkanlah induk betina mengeram telurnya. Kita akan lihat akan hasilnya lebih baik. Tidak perlu melawan fitrah tuhan.

No comments:

Post a Comment