Sejak anak ayam menetas sehingga mencapai umur 4 bulan merupakan masa pembentukan fizikal ayam laga, pada umur inilah kita seharusnya dapat memberikan makanan dan pergerakan yang maksima. Bila tidak, maka keupayaan untuk membesar akan menjadi sia-sia @ terbantut.
Anak ayam yang kurang mendapat makanan dan pergerakanya yang minima pada awal umur sehingga 4 bulan akan memiliki susuk tubuh dan kekuatan fizik yang tidak maksima sehingga tidak layak untuk diturunkan di gelanggang.
Anak ayam dari kecil hingga mencecah umur 4 bulan harus menerima makanan yang seimbang baik untuk protein, karbohidrat, mineral, vitamin, dan air. Pada kebiasaan dalam memelihara ayam laga, anak yang berusia 1 - 4 bulan akan diberikan makanan yang berupa dedak hitam yang di campurkan dengan susu tepung bayi. Komposisi campuran yang gunakan adalah 1:5 (Contoh: 1 kg susu dicampur dengan 5kg dedak hitam).
Kadang kala ianya memang terasa kelakar maupun tidak masuk akal, mengapa harus mencampurkan susu tepung bayi ke dalam dedak hitam ayam, akan tetapi bila dilihat dari hasilnya amat sungguh berbeza. Apabila melakukannya anak ayam akan memiliki pertumbuhan yang sangat baik dari segi tulang, otot, bulu maupun bagian tubuh lainnya. Susu yang digunakan tidak perlu susu yang mahal, kerana susu yang harganya murah sudah cukup mengandungi kandungan protein, karbohidrat, mineral dan vitamin. Dan komposisi ini sangatlah baik dan diperlukan untuk pertumbuhan anakan ayam. Dan apabila kita telah mencampurkan susu tepung ke dalam dedak hitam anak ayam, maka keperluan lainnya seperti mineral maupun vitamin sudah tidak perlu difikirkan lagi telah gizi yang mencukupi telah tersedia dalam kandungan susu.
Dari hasil yang akan di perolehi, kita boleh membandingkan anak ayam yang diberikan campuran susu dan yang tidak, maka akan kelihatan perbezaan pertumbuhan anak ayam yang jauh berbeza. Anak ayam yang diberi dedak hitam bersama campuran susu akan kelihatan lebih lincah, bertenaga dan memiliki postur tubuh yang lebih kuat dibanding yang tidak. Ia juga lebih tahan dari sebarang penyakit. Jadi, kebiasaanya mencampur susu dengan dedak hitam anak ayam menjadi perkara yang amat penting dilakukan. Karana terlalu sayang apabila kerja keras kita untuk membesarkan anak - anak jaguhan menjadi sia-sia belaka sewaktu ayam menjangkau umur dewasa dan perawatan untuk bertarung berkurangan akibat rendahnya kandungan gizi sewaktu ayam masih kecil. Akhir kata, apapun kesimpulannya, ayam laga memang di lahirkan untuk di nikmati seni bertarung ataupun struktur tubuhnya yang megkagumka. Jadi apapun alasannya, makanan yang seimbang san mencukupi sewaktu tumbesaran adalah isu yang sangat penting.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment