Sunday, June 21, 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke site Ayam Laga Malaysia, salah satu site yang mempersembahkan keindahan dan kekaguman atas nama "Ayam Sabung".

Pada peringkat permulaan ini JS (Jalak Selatan) akan mencuba berkongsi pengetahuan dan koleksi JS tentang ayam laga @ sabung agar boleh diketahui oleh seluruh penggemar ayam laga khususnya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan di dunia seluruhnya.

Site Ayam Laga Malaysia buat masa kini adalah pada peringkat awal. Jadi, buat penggemar ayam aduan harap bersabar. Banyak lagi info-info yang harus diterbitkan, gambaran ayam, petua dan pantang larang dalam memilih ayam laga. JS juga akan menyiarkan acara jual beli dalam blog Ayam Laga Malaysia di masa akan datang. Di minta harap bersabar.

Sebagai penutup, JS ingin menyampaikan kepada seluruh penggemar, bahawa site ini tidak menggalakkan berjudi dan menyiksa haiwan, site ini hanyalah memaparkan kehebatan, jenis baka, dan asal usul darah (bloodline) ayam aduan.

Ayam laga bukan hanya hebat bertarung di gelanggang, akan tetapi juga hebat dalam memberikan rasa tenang dan sebagai penghilang stres bagi kita semua, kerana kecantikan dan kelicahanya memang tiada tandingan.

No comments:

Post a Comment